Pendaftaran Akademi Pak Sako 3.0 kini dibuka!
Dengan segala hormatnya pihak kami ingin menjemput saudara/saudari untuk menyertai bengkel penulisan Akademi Pak Sako siri-3.
Selain mengenalpasti bakat-bakat baru dari kalangan anak-anak muda, Akademi Pak Sako juga akan mengendalikan siri latihan secara serius untuk menggilap dan mengembangkan potensi penulis-penulis muda terutamanya dari aspek kewartawanan, propaganda politik, aplikasi media baru, satira, falsafah dan juga penterjemahan.
Program ini akan diadakan pada 6 hingga 8 April 2012 di Hotel Quality, Shah Alam. Penginapan dan makan minum para peserta adalah ditanggung sepenuhnya oleh penganjur. Pendaftaran penginapan bermula pada jam 5.00 petang dan program akan bermula pada jam 6.00 petang pada 6 April 2012.
Borang pendaftaran program boleh dimuat turun di sini. Borang yang telah dilengkapkan hendaklah dikembalikan pada atau sebelum 27 Mac 2012 ke alamat emel akademipaksako@gmail.com. Tempat adalah terhad.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi urusetia program, saudara Mohd Zulfadzli di talian 019-2717548.
Sekian, terima kasih.
NAJWAN HALIMI
Penyelaras
Akademi Pak Sako
———-
Muat turun borang penyertaan di sini dan emelkan segera ke akademipaksako@gmail.com.
Sembang Seni bersama Buddhi Hekayat
Buddhi Hekayat bukanlah nama baru dalam industri senibudaya tanah air. Sebelum dikenali sebagai penulis lirik lagu Awan Nano, Buddhi pernah menulis lirik untuk kumpulan Spider bagi lagu berjudul ‘Ajaib’ dan banyak mempelajari tentang teknik penulisan lirik daripada arwah Loloq.
Beliau juga banyak menghasilkan karya-karya untuk kumpulan muzik bebas selain mengisi ruang Sastera Budaya, Berita Harian, portal Kakiseni dan webzine JalanTelawi.com.
Justeru, atas semangat membudayakan kegiatan diskusi dan apresiasi seni, Akademi Pak Sako akan mengadakan acara Sembang Seni bersama Buddhi Hekayat. Butiran adalah seperti berikut:
Tarikh: 31 Januari 2012 (Selasa)
Masa: 8.30 malam
Tempat: Restoran NZ Garden, Jalan Ampang (dekat KLCC)
Kehadiran saudara/saudari adalah dialu-alukan.
AKADEMI PAK SAKO
Kenyataan Media: Debat Belanjawan 2012 Anjuran Akademi Pak Sako
KENYATAAN MEDIA
19 OKTOBER 2011
DEBAT BELANJAWAN 2012 ANJURAN AKADEMI PAK SAKO
Pada tahun ini, Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat telah melancarkan belanjawan masing-masing. Ini merupakan suatu perkembangan sihat kerana rakyat Malaysia berpeluang untuk menilai belanjawan manakah yang lebih bermanfaat dan berupaya untuk melonjak kembali ekonomi negara yang kini semakin suram.
Sehubungan dengan itu, Akademi Pak Sako berpendirian bahawa perdebatan berkaitan belanjawan sewajarnya berlangsung dalam keadaan yang sihat, terbuka dan kondusif. Perdebatan seperti ini akan memberi ruang yang adil kepada rakyat untuk menilai secara rasional dasar-dasar yang digarap demi kepentingan mereka.
Justeru Akademi Pak Sako bersedia untuk menjadi penganjur kepada Debat Belanjawan Negara 2012; di antara YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak dan YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Kami akan menghantar undangan kepada YAB Perdana Menteri dan YB Ketua Pembangkang Dewan Rakyat pada hari Jumaat, 21 Oktober 2011. Debat ini akan dianjurkan pada hari Khamis, 3 November 2011 jam 9.00 malam di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Kami berharap kedua-dua tokoh ini bersedia untuk menerima undangan debat daripada pihak kami. Semoga debat ini berlangsung dengan baik dan berhemah demi manfaat dan kesejahteraan rakyat.
Sekian, terima kasih.
AKADEMI PAK SAKO
———-
*Untuk sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan saudara Hilman Idham, jurucakap Akademi Pak Sako di talian 013-2507583.
Teks Lengkap Pidato YB Azmin Ali dalam forum ‘Malaysia dan Sejarah yang belum selesai’
Teks pidato berjudul “Malaysia dan Sejarah yang belum selesai” yang disampaikan oleh Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali pada sesi forum sejarah anjuran Akademi Pak Sako di Hotel Quality, Shah Alam pada 7 Oktober 2011.
Saudara-saudari yang dihormati sekalian,
Wacana malam ini amat bertepatan dengan masa di mana polemik yang mendepani rakyat Malaysia hari ini berupaya untuk mencelarukan pemikiran rakyat setelah 54 tahun negara Malaysia merdeka. Persoalan pokok ialah apa signifikan sejarah? Perdebatan juga sedang hangat membicarakan apakah ada keperluan untuk menulis semula sejarah atau sekadar memberi tafsiran baru kepada sejarah pembentukan negara Malaysia?
Sejarah bukan sekadar catatan rentetan peristiwa masa lalu. Saya telah menggamit perhatian YAB Menteri Pelajaran dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada 5 Oktober 2011 yang lalu dengan mencadangkan sejarah juga harus dilihat dalam konteks falsafahnya atau ‘underlying ideas’ dan cabaran ahli-ahli sejarah masa kini adalah untuk memaknai prinsip dan falsafah sejarah dalam usaha untuk merangka masa depan negara dan bangsa yang bertamadun. YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin yang juga Timbalan Perdana Menteri menyambut saranan dengan bersetuju bahawa rakyat perlu memahami sejarah dalam konteks falsafah dan latar belakang negara Malaysia.
Sebagai contoh, mengapa pembunuhan JWW Birch pada 2 November 1875 di Pasir Salak itu penting dan merupakan satu fakta sejarah? Pembunuhan itu mempunyai nilai sejarah kerana ia adalah manifestasi penentangan terbuka rakyat terhadap Perjanjian Pangkor. Peristiwa itu merupakan titik mula penjajahan British di Tanah Melayu. Penjajahan tetap penjajahan, meskipun ianya dilakukan melalui perjanjian.
FORUM: “Malaysia Dan Sejarah Yang Belum Selesai”
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dengan segala hormatnya pihak Akademi Pak Sako ingin menjemput saudara/saudari untuk menghadiri program forum dengan tema “Malaysia Dan Sejarah Yang Belum Selesai”.
Tujuan forum ini diadakan adalah bagi memupuk budaya diskusi secara sihat dan beretika di kalangan masyarakat khususnya anak-anak muda serta menggalakkan perbincangan isu-isu yang dilihat penting dalam konteks negara kita dengan merentasi latar bangsa, agama dan fahaman politik.
Selain itu, forum ini akan turut membincang dan mengupas pelbagai persoalan sejarah yang selama ini menjadi subjek perbualan dan perdebatan harian rakyat Malaysia.
Butiran program adalah seperti berikut:
Tajuk: “Malaysia Dan Sejarah Yang Belum Selesai”
Tarikh: 7 Oktober 2011 (Jumaat)
Masa: 8.00 malam
Tempat: Hotel Quality, Shah Alam
Pembicara:
1- YB Azmin Ali
2- YB Khalid Samad
3- Hishamuddin Rais
4- Hasmi Hashim
5- Dr. Abu Hassan Hasbullah
Kehadiran saudara/saudari adalah sangat dialu-alukan dan semoga jemputan ini dapat dipanjangkan kepada semua teman-teman yang lain.
Sekian, terima kaseh.
AKADEMI PAK SAKO
Pendaftaran Akademi Pak Sako 2.0 kini dibuka
Dengan segala hormatnya pihak kami ingin menjemput saudara/saudari untuk menyertai bengkel penulisan Akademi Pak Sako siri-2.
Selain mengenalpasti bakat-bakat baru dari kalangan anak-anak muda, Akademi Pak Sako juga akan mengendalikan siri latihan secara serius untuk menggilap dan mengembangkan potensi penulis-penulis muda terutamanya dari aspek kewartawanan, propaganda politik, aplikasi media baru, satira, falsafah dan juga penterjemahan.
Program ini akan diadakan pada 7 hingga 9 Oktober 2011 di Hotel Quality, Shah Alam. Penginapan dan makan minum para peserta adalah ditanggung sepenuhnya oleh penganjur. Pendaftaran penginapan bermula pada jam 5.00 petang dan program akan bermula pada jam 6.00 petang pada 7 Oktober 2011.
Borang pendaftaran program boleh dimuat turun di sini. Borang yang telah dilengkapkan hendaklah dikembalikan pada atau sebelum 28 September 2011 ke alamat emel akademipaksako@gmail.com. Tempat adalah terhad.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi urusetia program, saudara Mohd Zulfadzli di talian 019-2717548.
Sekian, terima kasih.
NAJWAN HALIMI
Penyelaras
Akademi Pak Sako
———-
Muat turun borang penyertaan di sini dan emelkan segera ke akademipaksako@gmail.com.




