Pendaftaran Akademi Pak Sako 2.0 kini dibuka

Dengan segala hormatnya pihak kami ingin menjemput saudara/saudari untuk menyertai bengkel penulisan Akademi Pak Sako siri-2.

Selain mengenalpasti bakat-bakat baru dari kalangan anak-anak muda, Akademi Pak Sako juga akan mengendalikan siri latihan secara serius untuk menggilap dan mengembangkan potensi penulis-penulis muda terutamanya dari aspek kewartawanan, propaganda politik, aplikasi media baru, satira, falsafah dan juga penterjemahan.

Program ini akan diadakan pada 7 hingga 9 Oktober 2011 di Hotel Quality, Shah Alam. Penginapan dan makan minum para peserta adalah ditanggung sepenuhnya oleh penganjur. Pendaftaran penginapan bermula pada jam 5.00 petang dan program akan bermula pada jam 6.00 petang pada 7 Oktober 2011.

Borang pendaftaran program boleh dimuat turun di sini. Borang yang telah dilengkapkan hendaklah dikembalikan pada atau sebelum 28 September 2011 ke alamat emel akademipaksako@gmail.com. Tempat adalah terhad.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi urusetia program, saudara Mohd Zulfadzli di talian 019-2717548.

Sekian, terima kasih.

NAJWAN HALIMI
Penyelaras
Akademi Pak Sako

———-
Muat turun borang penyertaan di sini dan emelkan segera ke akademipaksako@gmail.com.

One thought on “Pendaftaran Akademi Pak Sako 2.0 kini dibuka

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s